Sunday, 1 February 2015

Berita Baik ^^

Location : Chapter Two Bookstore, Giant Kota Padawan.

Available everyday from 9am - 9pm. Selagi pasaraya Giant buka.

So, tak perlu susah susah lagi =)

Berita baik lah kepada aku memandangkan aku sentiasa mencari tempat photostate sejak menceburi bidang cikgu celup ni. keke

HARAPAN.

Hai.

Apakah perasaan anda apabila telefon yang orang agung agungkn smart tp tak berapa nak smart pulak kat awak?

Ini yang tengah aku alami apabila henpon ini minta aku gantikan dia dengan iphone. Alahai, samsung yang canggih lagi aku belum mampu beli, inikan iphone. sedih. Tolong lah berikn aku tahap kesabaran. Sebenarnya, handphone ini keypad dia tak sensitive hampir setiap kali. Tapi aku kena sabar... tahap kewangan aku pada masa ini sangat menyedihkan. tak nak cerita. sedih.

Jadi bersesuaian dengan tajuk post aku yang julung kalinya tahun 2015, aku memang mahu menyenarai pendek harapan aku tahun ini. Agak cliches huh.

Satu, aku  harapkan aku berhenti kedekut pada diri sendiri. Please lah, kasut kerja tolonglah dua tiga pasang. Boring tau asyik pink tu. Maksudnya, beranikan diri beli. Jangan beli makanan tak berkhasiat lagi.

Kedua, tolong cari rumah. Harapan ini bukanlah atas sebab orang lain atau terpaksa, tapi aku nak rasa hias rumah sendiri. awwh besttt.

Ketiga, kereta tu, repair repair lah. ni boleh masuk part pertama tadi. malas nak bagitau lebih.

Keempat.
Tolong kuatkan semangat untuk stop ambik karbohidrat waktu malam. Walau apa pun. kelua dating ke, digoda atau tergoda. Aku nak lihat paha,perut dan lehermu mengiurkan aku.

Lima, bangun awal please.

Enam, dress up and win the day.

Itu lah, yang selebihnya dianggap tak payah diberitahu. SEGAN!

xo,
wedylove

Saturday, 31 January 2015

31.01.2015

Heloh.
Selamat petang kembar 'kikim'.
Kekeke. Itu nama dalam mesej wechat aku received pagi ini berkenaan dengan rambut baru yang aku published malam tadi di wechat. Rambutku dah pendek macam boy.
So, pagi ni tadi aku bangun sipi sipi awal. Aku seorang di rumah memandangkan early birds rumah ni dah pegi melakukan aktiviti diorang, keja, service kreta and etc.
Aku cuci muka, dan segalanya then aku try apa make up yang sesuai untuk aku nanti. Nanti iz for work n out lah.
Lepas try try, still feeling not so good!
Ini pasti sebab aku tak puas hati rambut ni masih panjang. Tak kemas. I like something yang neat kalau bekenaan rambut. messy tak best kalau panjang.  Tak hensem!
Feedback dari kawan and ofcz my familia memang positive.. they support and encourage me that this haircut suit me. Aww. thank you. Tapi ada juga yang tak puas hati. Why? idk. Maybe aku nampak hensem dari mereka? kahkah.
Alahh. eksperimen tahun ni bah. relax. Kalau tak hensem, kita tukar lagi. :)
Menyesal? Tak. Best apee rambut pendek!
XO,
wedylove

Sunday, 9 November 2014

Berat.

Nov, 9.

Tahap kesedaran minit terakhir datang lagi. Rasa nak merajuk pada diri sendiri pun ada. Ah. Alangkah indahnya kalau aku sentiasa sedar.

Mintak puji benooo.

Mak ai. tolong. boleh strict pada diri ke tak aku ni. Sebelum aku marah pada orang lain yang menabur janji tapi tak ditepati, baik aku marah pada diri dulu.Dulu janji nak selim. Tapi? Janji tak ditepati. kan kan kan. kenapa aku makin kedempol. baju semua nampak susuk tubuh yang belemak. uwaaa.

Nanti nak pakai baju cantik dah tak ngam.

Online shopping, Baju Skirt Seluar, aku Pandang begitu sahaja. Why? risau tak muat.

Beli bag je lah. uwaaa. sedeh.

Jadi, diharap post yang ringkas dan tak berinfomatif ini tidak berulang kembali.

Kata kunci bulan ini :

No rice. No kolo mee.

Exercise dan Minum Air kosong banyak banyak. Senaman selamat pagi.

Insaflah.

Tuesday, 28 October 2014

Panchor Hotspring


Ok, pada Ahad itu, aku pun mengambil keputusan nak cuba mandi air panas di hotsring Panchor. Ye lah, nak tau apa rasa mandi air panas kot.
Overall memang nyaman. best. Tapi keadaan tak mengizinkan,aku tak jadi mandi dan hanya merendam kaki saja.
Best!! Memula rendam memang panas macam 100° celcius dan lama lama okay and i get used of it °_°
Rasa macam hilang semua busuk di kaki. keke
Sesiapa yang nak keluarkan peluh tanpa belari, jom lah ke sini. Pasti lega.
Yuran masuk tak mahal. RM4 untuk dewasa.
jommm.

Tahniah Uncle muda!

I don't measure a man's success by how high he climbs but how high he bounces when he hits bottom.

Quotes from google.

Selamat Petang!

Dah balik keja dah? Ataupun masih berada di pejabat..? Seronok kan bekerja ^^  Tahniah kepada yang terus ditawarkan pekerjaan selepas tamat belajar.... Terutama cikgu cikge dan doktor misi.

Bagi yang mengalami kepayahan, jangan putus asa. Rezeki setiap kita tetap ada ^^

Baiklah, terlebih dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada uncle muda saya iaitu Benjamin Antau sebab dah tamat pengajian di Kolej Komuniti Betong dalam jurusan Sijil Seni bina.

Konvokesyen tersebut berlangsung pada 27 September 2014 di Dewan Islamic Information Centre Jalan simpang tiga Kuching.

itulah permata kalinya aku jejakkan kaki ke tempat itu. menarik! bagaikan Taman dalam bangunan.

Tahniah uncle Ben!

Friday, 3 October 2014

Hari Riang Ria Taska Permata Kemas Kpg Bawang Siburan.

'pinggan kasih' ....
Menarik.
Pinggan kasih adalah antara acara yang dianjurkan semasa program Riang Ria Merdeka 2014 anjuran Taska Permata Kemas Kpg Bawang pada 1 September lalu.
Acara ini telah dimenangi oleh Bapa Elriand dan pasangannya iaitu Eyus. Ini tidak melibatkan konspirasi mahupun bias memandangkan bapa Elriand adalah naib pengerusi taska. kekeke
Tapi, kemenangan ini adalah kerana strategi mereka yang tepat. ^^
Main macam ini pun perlukan strategi tau.
Diantara makanan yang disediakan untuk acara tersebut adalah;
- krim krakers
- telur
- nasi lemak cikju sue
- buah limau
- air dalam cawan
Nampak mudah...... Tapi, hanya yang menggunakan strategi yang betul akan berjaya. ^^
Selain acara hebat ini, acara yang menarik perhatian adalah acara belon beracun dimana ahli kumpulan akan memasingkan belon ke belakang tanpa menoleh atau memusingkan badan. Kekeke
Yang kurang hebat akan basah kuyup manakala yang hebat akan mendapat baldi yang berisi banyak belon.
Acara paling sempoi adalah acara makan roti. Ah, acara ni mudah dan kurang mencabar bagi yang dewasa. maybe..... Haha.
Acara utama untuk program ini adalah acara merentas desa mengikut kategori. Fuh. Bayangkan larian bermula dari taska, naik bukit.... Melalui jalan laluan utama kampung dan checkpoint akan berada di kawasan perumahan baru. Cik akak cik abang, kalau stamina sekadar untuk karaoke, lupakan sahaja.... Semput ^^
Antara yang berjaya dan menonjol adalah seorang veteran yang berusia 55tahun. Cuba teka, lelaki ataupun perempuan? Kekeke.. Ofcz lh perempuan. Iaitu nenek kandung Pheve Carol ^^
Juga terdapat dua acara sampingan iaitu Meneka bilangan gula-guj dan juga Kotak Ajaib.
Kotak Ajaib adalah dimana sebuah kotak berisi pelbagai jawapan akan dicabut oleh peserta yang membayar 50sen. Macam main tarik ataupun encabut kata orang. kekeke
yang pasti, enjoy =)