Friday, 17 January 2014

MALANG TIDAK BERBAU

Malang tidak berbau.
Kalau iya berbau, mungkinkah baunya seperti CK be? atau bau ketiak pahit?hahaha

Ya. malang memang tak berbau kerana aku pagi tadi telah mengalami kemalangan. dasyat bunyi!

Tapi kemalangan yang ringan. Kereta kancilku telah dilanggar dari arah belakang hingga menyebabkan bonetnya kemek.

Kejadian nya macam ni,
Aku baru sahaja sampai di lampu isyarat dalam 5 buah kereta di hadapan aku, tiba tiba sebuah MyVi hitam yang dipandu oleh seorang pemandu wanita berkaca mata..... bummmmpppp!! melanggar keretaku.

malas nak cerita panjang panjang. tapi yang aku pasti, aku shaking~

Bila bincang bincang, kita tukar phone number.

After aku bagitau abang aku, dia kata tak payah lah minta bayaran repair. Ya. aku pun setuju walaupun itu memang salah dia. Tapi kereta dia Myvi, lagi hancur kalau dibandingkan dengan kereta aku. Aku sayang kereta aku tapi aku tak nak pentingkan diri sangat. Why dont i do good deed and let we settle it our own.

Dia, yang dah menerima pesanan ringkas dari aku terus menelefon beterima kasih :)

Janji dia lega. Walaupun mungkin hari malang bagi dia. Tapi, hari ini adalah hari baik bagi aku kerana aku mampu memaafkan dia yang dah langgar kereta aku. Aku ikhlas.

Semoga lepas ni aku sendiri lebih berwaspada di jalan raya. Kerana,

malang memang tak berbau.

and ya,

pengajarannya,

sila baca doa sebelum berangkat ;)

sekian.

sayang,
wedd

No comments:

Post a Comment