Monday, 13 January 2014

#MONDAY

Helo.Saya boring....jadi, saya memilih untuk berkongsi serba sedikit mengenai kursus yang saya sertai selama 2 (dua) bulan lepas di Melaka. 

Kursus yang saya sertai ni nama nya Kursus Sijil Pendidikkan Awal Kanak-Kanak (Taska)
Taska dalah singkatan bagi - Taman Asuhan Kanak Kanak.
Ramai yang masih tak tahu mengenai tugas kami di Taska....termasuk saya sendiri pun selama ini tak tahu langsung mengenainya..... Tak mengapa, nanti kalau dah bermula sesi pembelajaran saya di Taska yang telah dipilih untuk saya, saya akan kongsikan pengalaman tersebut ;)

****
Sepanjang kursus padat ini, saya mempelajari bermacam-macam perkara. Ada yang baru dan ada juga yang pernah saya alami....kiranya nak refresh balik lah.

Overall, it was fun.. tired at the same time.

Jom tengok photo....
(ada beberapa telah dishare di Instagram / Facebook)

 Bahan-bahan untuk kelas lukisan. From A to Z dibekalkan oleh pihak pengurusan. Tak keluar satu sen pun.. Best!


Ini ilham daripada gambar yang pernah diGoogle search suatu ketika dahulu. Comel ! 

 Lukisan kegemaran saya. Kartun tu yang saya suka lukis. Sejarah kartun itu adalah dari seorang pen-pal (Betong-Debak) yang sekarang dah jadi saudara dari perkahwinan aunty - uncle kami berdua ;) Her name was Bibiy. Dia lah yang pertama melukis kartun macam ni tetapi versi lain....kira saya ni ciplak lah. LOL. but i love it very much :) 

 Ini pula semasa aktiviti Nature Walk. Kalau di Taska nanti, aktiviti ini sangat menyeronokkkan kerana kanak-kanak akan dibawa keluar dan menjelajah kawasan luar taska. Tengok sekeliling dan bercakap mengenai apa yang mereka lihat. Kanak-kanak pasti teruja ;)


 Ini pula bahan-bahan untuk buat Doh. Doh buatan sendiri ni lebih selamat daripada plastisin yang suatu ketika dulu pernah jadi kegemaran saya. Semasa kursus, kami diajar bagaimana untuk membuat doh.Mudah sahaja tau! 

                                                      Lokasi : Pantai Kelebang, Melaka.
 Ini adalah semasa kami menjalankan aktiviti di luar. Masa ni saya melakonkan watak seorang guru / pm. Yang lain jadi budak-budak dan Ju adalah budak yang paling aktif dan menyakitkan hati! haha! I dunno lah kalau kalau nanti di alam taska sebenar saya akan dapat budak yang terlebih aktif. HOW? mungkin saya kena berhati hati. Haha. Bahaya naik berang kat anak orang. Minta dijauhkan lah.

 Ini mengingatkan saya pada kelas dimana kami diminta untuk bercerita dan berlakon pada masa yang sama. Kerana tak berapa confident untuk berlakon, saya pilih untuk jadi pencerita but i failed! so sad! Sebab, kalau bercerita pada kanak-kanak, kita mesti pandai tukar suara dan body language sangat penting.

                          gambar dibawah : Hasil Titik Peluh ! ( amboi....... )



Ini adalah Bahan Bantu Mengajar yang kami pelatih perlu buat sendiri. Siang malam lah kami menjahit untuk menyiapkan semua ni.Hebat! Dan pemenang bagi BBM terbaik adalah Kak Su......

 Silat Gerak 21 ! Ehem. Saya boleh bersilat tau......


 Ini lah geng saya sepanjang menjalankan latihan amali. Semua orang Sarawak. itulah kelemahan kumpulan kami. No choice.. semua orang ada pilihan masing-masing. Lisa, funny dan aktif! Rachel, cantik! Shaz......... muda paling muda antara kami.... Kakak, kedua tertua antara semua.

Lokasi : Taska Permata KEMAS-Tmn Maju Jasin.



Sebelum kursus berakhir, kami ada beberapa aktiviti bersama peserta kursus Tabika. Dan sebagai wakil Sabah dan Sarawak, kami memilih untuk menari tarian etnik. Dengan pakaian yang sendiri kena fikir, gerak tari, muzik dan bermacam-macam lagi. Tipu lah kalau dalam masa yang singkat hati ini tak panas :P But we did it !!

 Malam Pak Maun~ Mereka kat sana gelar malam seribu kenangan ni sebagai malam pak maun. ohh. ok. seram.. sebab masa di LCCT dalam akhbar keluar tentang malam pak maun. :P Ehh. Wedd nyanyi?

 Ini lah kawan dari awal kursus sehingga tamat kursus. (Rachel-Yvonne-Shaz-Wedd)

Oh. Ini Nora :) Cantik orangnya. I admire her since kita sama pelajar Politeknik Mukah dahulu kala.

Dan pada 28 Disember 2013, kami telah menamatkan kursus dengan jaya nya....


Sekian,
Wedd

No comments:

Post a Comment