Wednesday, 29 January 2014

AKU DIA DAN TONG SAMPAH.

" Kita tak pernah IKHLAS dalam BERSYUKUR...."

Pertama,
Kita banyak meminta tapi kita tak bersungguh sungguh.

Kedua,
Bila bukan rezeki kita, kita menyalahkan orang lain. Bukan menilai kelemahan diri sendiri.

Ketiga,
Kita pandai dan malah selalu mencarut memburuk burukkan orang lain. Itu lah sebab kita tak layak dapat benda yang baik.(di FB especially)

Keempat, 
Bermuka muka. Demi menyelamatkan diri ? Better buat hal sendiri. Senang.

Kelima,
Kita selalu over excited. Sangat menjengkelkan. Kalau kita rilex, pasti semua berjalan lancar.

Keenam,
Kita sering berebut rebut nak ikut trend. Takut ketinggalan zaman. Sedangkan menjadi orang yang berbeza, nampak lebih menarik. 

Ketujuh,
Kita takut dianggap bodoh. Maka kita sering melakukan perkara perkara yang lebih menampakkan diri kita bodoh.

Kelapan,
Kita tak yakin pada diri. Kita takut dan asyik memikirkan pandangan orang lain terhadap diri kita.

....entahlah....... Mungkin aku memiliki beberapa ciri yang tersenarai. Maka aku harus lah membuang kelapan lapan ciri ini ke dalam Tong Sampah Hijau! Kasihan.

wedd.

Friday, 24 January 2014

LIRIK LAGU PERMATA

LAGU PERMATA

Semenjak didalam kandungan lagi
Dibekalkan Tuhan bakat tersendiri
Seawal usia perhatian harus diberi
Dewasanya kelak teguh peribadi

Kanak-kanak permata beharga
Jika digilap pasti berjaya
Umpama benih disemai dibaja
Kecenderungannya usah dipersia

Kanak-kanak permata bahagia
Kami lah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan

Kanak-kanak permata beharga
Jika digilap pasti berjaya
Umpama benih disemai dibaja
Kecenderungannya usah dipersia

Kanak-kanak permata bahagia
Kami lah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan

**  Jom Nyanyi **

Wednesday, 22 January 2014

LAPTOP ACER YANG BERJASA BESAR

Foto by : wednesj/iwedwednesday.blogspot.com

Hi Selamat petang!

Sila perhatikan laptop tersebut. Semakin hari semakin banyak perkara peliks yang aku lakukan terhadapnya. Termasuk hari ini dia diletakkan diatas penutup kotak kertas untuk mengelakkan iya panas.

Jasanya sangat banyak.

Dari aku di Politeknik aku menggunakkannya. Ia bukanlah milik aku. Iya milik kakakku si Rachel.
Dalam laptop ni banyak beratus dan beribu gambar aku dan kenangan aku semua lah ada didalamnya. Sampaikan aku dikehendaki menDELETE beberapa album yang tak penting. ?? Bagiku semua penting. :P

Mungkin kalau ada rezeki lebih dimasa akan datang, aku beli laptop sendiri.

Untuk pengetahuan, aku tak pernah ada laptop aku sendiri. Kasihan.

Ok. Sekian.

sayang, wedd

Sunday, 19 January 2014

AZAM BARU YANG BUKAN BUKAN (PART 1)

Helo Hai!

Fuyoo tajuk. Tak suspen langsung. Hehehe! Nak buat post tentang azam tahun baru lah, sebab aku belum lagi buat.

Nampaknya setiap tahun diawal bulan Januari semestinya ada azam baru. Banyak. Aku pun antara yang excited dengan azam baru. Kenapa tak buat di setiap bulan? Mungkin akan lebih berkesan. kan? haha. jangan gelak.

Sekarang petengahan bulan satu. Mari aku tunjukkan AZAM aku. Eh. tukar. tukar kepada ANGAN ANGAN KU. Ku berikan nama sebagai 'ANGAN ANGAN YANG BUKAN BUKAN'

Target : 90%

Mulakan.

Pertama :
Gaya menawan. Sebab aku ada jurusolek peribadi. Nampak tak iyanya sangat bukan bukan. Aku dah kata dah.

Kedua :
Shopping dengan jumlah RM5k tajaan pihak tertentu. Nampak tak kebukan bukanan nya?

Ketiga :
Menang loteri dan jadi kaya. Kaya sehari :D

Keempat :
Boyce Avenue menyanyi untuk lagu birthday aku. Tak bukan bukan gitu?

Kelima :
Dia, Crush aku memandu kereta kancil aku dan aku jadi penumpang yang bahagia. Hahaha. Ini lagi lah bukan bukan.

Keenam :
Menyanyi sambil bermain gitar.

... bulan depan sambung lagi... mengantuk dah.

Sekian.

Sayang,
wedd

Friday, 17 January 2014

MALANG TIDAK BERBAU

Malang tidak berbau.
Kalau iya berbau, mungkinkah baunya seperti CK be? atau bau ketiak pahit?hahaha

Ya. malang memang tak berbau kerana aku pagi tadi telah mengalami kemalangan. dasyat bunyi!

Tapi kemalangan yang ringan. Kereta kancilku telah dilanggar dari arah belakang hingga menyebabkan bonetnya kemek.

Kejadian nya macam ni,
Aku baru sahaja sampai di lampu isyarat dalam 5 buah kereta di hadapan aku, tiba tiba sebuah MyVi hitam yang dipandu oleh seorang pemandu wanita berkaca mata..... bummmmpppp!! melanggar keretaku.

malas nak cerita panjang panjang. tapi yang aku pasti, aku shaking~

Bila bincang bincang, kita tukar phone number.

After aku bagitau abang aku, dia kata tak payah lah minta bayaran repair. Ya. aku pun setuju walaupun itu memang salah dia. Tapi kereta dia Myvi, lagi hancur kalau dibandingkan dengan kereta aku. Aku sayang kereta aku tapi aku tak nak pentingkan diri sangat. Why dont i do good deed and let we settle it our own.

Dia, yang dah menerima pesanan ringkas dari aku terus menelefon beterima kasih :)

Janji dia lega. Walaupun mungkin hari malang bagi dia. Tapi, hari ini adalah hari baik bagi aku kerana aku mampu memaafkan dia yang dah langgar kereta aku. Aku ikhlas.

Semoga lepas ni aku sendiri lebih berwaspada di jalan raya. Kerana,

malang memang tak berbau.

and ya,

pengajarannya,

sila baca doa sebelum berangkat ;)

sekian.

sayang,
wedd

TWIGGIES

Photo taken by : wednesj
Twiggies Vanilla & Chocolate

Di Sarawak sangat susah nak dapat twiggies. Kenapa tak ada kedai yang jual segala macam produk Gardenia kat sini kan?
Twiggies adalah kegemaran aku terutama yang chocolate. Orang lain berebut nak beli bun Vanilla, Chocolate, Butter, Peanut Butter....tapi aku gila nak twiggies juga.

Pertama kali (eh. kiranya aku ni banyak sangat pengalaman kesian kan...) 
ya, pertama kali makan ni adalah masa tahun 2003 di kelas 3 Kuning Kolej D.P.A.H Abdillah Kuching. Masa itu, seorang kawan yang bernama Yunus (handsome boy) selalu bawa twiggies ke sekolah. Tak banyak tapi cukup untuk aku. hahaha. Baik tau Yunus ni.. Shafiah pun. Mereka berdua adalah kawan yang paling bermurah hati masa sekolah. Berbalik pada kisah ini tadi, gara gara aku rasa itulah roti yang paling sedap, aku telah menyimpan plastik pembungkus roti tersebut didalam Diary aku. Begitu sekali aku berharap aku dapat selalu makan Twiggies!

Maka, bila sampai di KL tempoh hari, aku bagaikan gila membeli Twiggies. cuma takut tarikh luputnya dah dekat. Sangat terkejut aku apabila di LCCT memang berbakul bakul TWIGGIES!! (boleh tak aku melompat riang?) hahaha. kalau aku buat begitu, pasti aku masuk dalam berita. Kampungan! 

Sangat sedap. Mungkin suatu masa aku akan leju nanti. hihihi....

Dan aku masih tertanya tanya kenapa tak ada Twiggies dijual di sini..?
walaupun kakak aku ada bagitau, di Petronas Desa Ilmu ada jual.... betol..?

alternatif lain, aku nak mintak tolong kawan di KL tolong beli dan pos pada aku. boleh....?

Sekian.

Sayang,
wedd

Thursday, 16 January 2014

SAMSUNG S ADVANCE



Helo Hi ^_^
Di atas adalah gambar aplikasi yang aku guna pada Samsung S Advance aku. Disini aku nak meluahkan rasa bertuah dan bersyukur pada dunia teknologi terkini. Kenapa? Seperti yang kita semua tahu, zaman sekarang dah tak ada alasan untuk Lost Contact dengan sesiapa pun. Segalanya hanya dihujung jari anda. Kan..??

Aku bersyukur kerana aku diantara orang yang mampu memiliki sebijik henfon pintar.
Henfon ini pun hasil loan. (yang salu kena telefon sebab lambat buat bayaran!) ** sila jangan tiru ini.

Aku beli henfon ini lebih kurang hampir setahun lebih. Memandangkan aku bukan lah anak orang berada, jadi aku ambik keputusan untuk buat loan di sebuah kedai di 7th Mile Kuching. Tak sia-sia pilihan yang aku buat sebab bermacam-macam kebaikkan yang aku dapat hasil menggunakannya.

Hari ini aku nak cerita mengenai aplikasi yang aku gunakan selama ini.
(Whatsapp - LINE - Wechat - KakaoTalk)

(KISAH 1)


Pertama kali mengenali Whatsapp adalah masa aku selalu ber SMS  dengan Yoi (kawan seperjuangan di Politeknik Mukah) 

(Tahun 2012)

Yoi : Wed, kau ada whatsapp kah..?
Wed : Whatsapp..? apa ya?
Yoi : Nya aplikasi dalam smartphone. Dapat chat FREE

(FREE..?)

Wed : Sikdaaa Yoi 

( Actually, i don't even know or have any idea about it)

Dan perbualan kami setakat itu sahaja sehingga aku telah melupakan tentang apakah itu Whatsapp. (Sungguh lah kampungan aku ni kan.......)

Akhirnya si Wed berjaya mengenali whatsapp apabila membeli smartphone pada Ogos 2012!
hah. Dan banyak menyertai groupchat yang tak terlayan. Tetap bersyukur :)


Ini pula kisah LINE



Kisah LINE bagiku adalah biasa sahaja. Aku muat turun pun sebab saje saje.
Dalam ni tak banyak kawan. Ada pun tak berapa aktif. Termasuk aku sendiri. Tapi aku suka update status mengunakannya. Sekarang aku tak pakai sangat.... 

Cuma ada girlfriend kesayangan aku yang tak jemu guna aplikasi ini.... gff yen. Dia suka lah hantar kartun comel ! hihihihihi


aku , dia dan WeChat 


Ini dia wechat. Aku pertama muat turun wechat seawal whatsapp. Tetapi, jarang digunakan sebab tak banyak yang guna. Jadi ia terbiar. Sehingga lah ada seseorang yang penting itu muncul. Macam magic!
Kita berhubung guna ini lah. Dan guna voice chat dan video call pun dia yang ajar. (sungguh kampungan aku masa itu.....tapi pretend pandai! hahaha)

Okay.... makin lama kelamaan aku kira makin mahir menggunakan wechat =P aisemen!!
Dengan wechat lah aku selalu videocall dengan mak dan apok di rumah. Kira long distance relationship dengan parents lah. Thank you Wechat!! Rasa dekat dan paling bersyukur adalah apabila dapat tengok apok buat lawak.

KakaoTalk

Kakaotalk pula aku baru belajar guna semasa aku di perantauan. (Perantauan lah sangat.haha)
Aku guna KT ni dengan bestfriend aku Elean.
First time aku agak sakai bila aku tak tau aku guna suara DOG. dan bunyinya sangat lucu. (tapi memang macam suara aku pun aku dengar..??)
Lepas tahu yang suara boleh diubah kepada suara Kucing dan Anjing, maka bermula lah kisah KT.
Honestly, i am so happy everytime i use KT.
Sebab, bila Elean guna suara kucing, sangat lucu. comel dan menyeronokkan. 
Macam suara orang over excited pun ada. Cute!

Kiranya itulah kisah smartphone aku. Belum lagi hal Facebook, Instagram dan Blogger.
Memang canggih lah. Free lagi. Cuma perlu langgan internet.

Aku guna :

Samsung S Advance.
BB RM25/month/1GB

Sayang,
wedd

Wednesday, 15 January 2014

HARUS DIBUAT.

Helo ! Selamat hari Rabu !
Hari ini saya nak buat senarai perkara yang harus saya lakukan sebelum saya menamatkan zaman bujang (berkahwin ler tu ) Jom baca !


** berdasarkan idea daripada blogpost yang saya pernah baca ;)
Konfident sik..?
1. Pegi cinema or Kbox seorang diri. Or pegi makan di restaurant seorang diri.
2. Berdikari.Pindah keluar dari rumah famili (it is now my brother's house) Sewa? Beli..? wow.
3. Melancong seorang diri ke tempat yang saya pernah pergi bersama famili, bestfriend or geng. Cuba. Yang penting Keep in touch with famili members.

4. Menjelajah setiap bahagian yang terdapat di Sarawak. Act like tourist lah. 
5. Bawa mak & apak ke MIRI. (tempat pertama mereka jatuh cinta) 
6. Makeover rumah di Betong. rumah mak bapak.
7. Ambil gambar dengan aki & Inik. only 3 of us.
8. Melancong atleast 3 tempat yang berlainan bersama Chil & Juju. 
9. Vacation dengan adik beradik.
sini pun best :) 
photo by : wednesj
10. Set 1 dinner dengan semua ahli keluarga dan SAYA BAYAR semua kos ;)
11. Set up vacation untuk mak and apak. Mereka berdua sahaja.
Photo by : Wednesj
12. Join volunteer. Betul betul tanpa upah gaji.
13. Beli hadiah untuk hari Krismas untuk ahli keluarga.
14. Hadiahkan sejambak bunga ros untuk diri sendiri. 
15. Beli 6 perfume mahal dalam tempoh satu tahun. 
16. Beli handbag mahal untuk diri sendiri. Atleast 5. 6? 7? 10 lah.
17. Duduk menikmati wine seorang diri. Cool!
18. Belajar bahasa lain dari Bahasa Inggeris, Bahasa Iban or Melayu. Lain.. yang amat asing. Cabaran!
19. Lupakan mereka-mereka yang pernah tidak menghargai saya. In whatever ways.next ......
20. Mahirkan diri dalam memasak. Baking and try masak seafood. 
21. Cipta satu produk dan jadi kaya :D atleast saya kaya sebelum berkahwin. 
22. Birthday party yang supersteady!
23. Keadaan kewangan yang Indah dan Mantap :)
24. Belajar daripada kesilapan hubungan orang lain.. divorce or break-up. why it happen....

Mungkin ada yang saya lupa nak senaraikan....tapi 25 senarai ni mesti dilaksanakan. Biar lambat asal tercapai :)

Sayang,
Wedj






Tuesday, 14 January 2014

PREVIEW 2013

Helo. Hari ini saya nak buat preview kenangan 2013 sebelum saya membuka lembaran baru tahun 2014. 
* saya belum buat azam tahun baru juga :P

Okay..jom mulakan;

 Tadaaa! Ini adalah pemberian aki kepada aku. *K adalah initial nama aki :) Thanks aki!



 Mengambil Dania sebagai kucing peliharaan. Dania adalah seekor kucing liar yang malangnya terkena langgar oleh kakak ipar di depan rumah. Sekarang Dania dah ada dua ekor anak.... Jonas & Jordan :) Cute!!









 Gambar di atas adalah gambar tempat kerja terakhir untuk tahun 2013. Sebuah agensi yang menawarkan khidmat pengurusan penghantaran barang menggunakan flight. Saya suka keadaan pejabat dia. 




 Dan ini, gambar semasa saya menyertai kursus 2 bulan untuk jawatan Pemaju Masyarakat. 

Sepanjang dua bulan ni, orang yang paling terbaik bagi saya adalah family saya. WHY? Sepajang dua bulan ni segala perbelanjaan saya ditanggung oleh mereka.Bayangkan lahhhhh.... Pocket money, Kereta, Handphone....mereka yang tolong bayar.   I promise to pay back slowly. :P 

Ini adalah diantara perkara-perkara terbaik yang terjadi didalam hidup saya sepanjang 2013.

Dan yang paling penting, mengawal emosi dan bertenang adalah kunci kejayaan saya tahun 2013. 

Hehehe. Excuse me for my AKU SAYA.

Sayang,
Wedd

Monday, 13 January 2014

#TASKA 1

Hi. Saya nak tunjuk gambar Taska yang bakal menjadi tempat saya bekerja hari hari nanti.
Taska saya nanti terletak di sebuah kampung yang lebih kurang 20minit dari rumah. 
Taska ni taska baru dan nanti saya akan bersama dua lagi kawan yang tak asing lagi bagi saya iaitu Jolly dan Suraya.

Jolly adalah bekas pelajar Politeknik sama sengan saya dulu. Dia pun ambik course Setiausaha. Dia senior masa tu. Manakala, Suraya adalah orang yang duduk disebelah saya dalam flight ke KL masa kami baru nak mula kursus.Jadi tak asing sangat lah :)

 Ruang diantara bilik tamu / belajar dan pantri.
 Bilik tidur kanak-kanak. Ada aircond gitu ;)
Washroom kanak-kanak. Saiz untuk kanak-kanak.
Ini lah diantara barang-barang dan perabot yang telah sedia ada menunggu untuk disusun. So excited!! 

Cuma, belum pasti bila akan bermula di sana. Anything akan diupdate nanti!

Sayang,
Wedd

#MONDAY

Helo.Saya boring....jadi, saya memilih untuk berkongsi serba sedikit mengenai kursus yang saya sertai selama 2 (dua) bulan lepas di Melaka. 

Kursus yang saya sertai ni nama nya Kursus Sijil Pendidikkan Awal Kanak-Kanak (Taska)
Taska dalah singkatan bagi - Taman Asuhan Kanak Kanak.
Ramai yang masih tak tahu mengenai tugas kami di Taska....termasuk saya sendiri pun selama ini tak tahu langsung mengenainya..... Tak mengapa, nanti kalau dah bermula sesi pembelajaran saya di Taska yang telah dipilih untuk saya, saya akan kongsikan pengalaman tersebut ;)

****
Sepanjang kursus padat ini, saya mempelajari bermacam-macam perkara. Ada yang baru dan ada juga yang pernah saya alami....kiranya nak refresh balik lah.

Overall, it was fun.. tired at the same time.

Jom tengok photo....
(ada beberapa telah dishare di Instagram / Facebook)

 Bahan-bahan untuk kelas lukisan. From A to Z dibekalkan oleh pihak pengurusan. Tak keluar satu sen pun.. Best!


Ini ilham daripada gambar yang pernah diGoogle search suatu ketika dahulu. Comel ! 

 Lukisan kegemaran saya. Kartun tu yang saya suka lukis. Sejarah kartun itu adalah dari seorang pen-pal (Betong-Debak) yang sekarang dah jadi saudara dari perkahwinan aunty - uncle kami berdua ;) Her name was Bibiy. Dia lah yang pertama melukis kartun macam ni tetapi versi lain....kira saya ni ciplak lah. LOL. but i love it very much :) 

 Ini pula semasa aktiviti Nature Walk. Kalau di Taska nanti, aktiviti ini sangat menyeronokkkan kerana kanak-kanak akan dibawa keluar dan menjelajah kawasan luar taska. Tengok sekeliling dan bercakap mengenai apa yang mereka lihat. Kanak-kanak pasti teruja ;)


 Ini pula bahan-bahan untuk buat Doh. Doh buatan sendiri ni lebih selamat daripada plastisin yang suatu ketika dulu pernah jadi kegemaran saya. Semasa kursus, kami diajar bagaimana untuk membuat doh.Mudah sahaja tau! 

                                                      Lokasi : Pantai Kelebang, Melaka.
 Ini adalah semasa kami menjalankan aktiviti di luar. Masa ni saya melakonkan watak seorang guru / pm. Yang lain jadi budak-budak dan Ju adalah budak yang paling aktif dan menyakitkan hati! haha! I dunno lah kalau kalau nanti di alam taska sebenar saya akan dapat budak yang terlebih aktif. HOW? mungkin saya kena berhati hati. Haha. Bahaya naik berang kat anak orang. Minta dijauhkan lah.

 Ini mengingatkan saya pada kelas dimana kami diminta untuk bercerita dan berlakon pada masa yang sama. Kerana tak berapa confident untuk berlakon, saya pilih untuk jadi pencerita but i failed! so sad! Sebab, kalau bercerita pada kanak-kanak, kita mesti pandai tukar suara dan body language sangat penting.

                          gambar dibawah : Hasil Titik Peluh ! ( amboi....... )



Ini adalah Bahan Bantu Mengajar yang kami pelatih perlu buat sendiri. Siang malam lah kami menjahit untuk menyiapkan semua ni.Hebat! Dan pemenang bagi BBM terbaik adalah Kak Su......

 Silat Gerak 21 ! Ehem. Saya boleh bersilat tau......


 Ini lah geng saya sepanjang menjalankan latihan amali. Semua orang Sarawak. itulah kelemahan kumpulan kami. No choice.. semua orang ada pilihan masing-masing. Lisa, funny dan aktif! Rachel, cantik! Shaz......... muda paling muda antara kami.... Kakak, kedua tertua antara semua.

Lokasi : Taska Permata KEMAS-Tmn Maju Jasin.



Sebelum kursus berakhir, kami ada beberapa aktiviti bersama peserta kursus Tabika. Dan sebagai wakil Sabah dan Sarawak, kami memilih untuk menari tarian etnik. Dengan pakaian yang sendiri kena fikir, gerak tari, muzik dan bermacam-macam lagi. Tipu lah kalau dalam masa yang singkat hati ini tak panas :P But we did it !!

 Malam Pak Maun~ Mereka kat sana gelar malam seribu kenangan ni sebagai malam pak maun. ohh. ok. seram.. sebab masa di LCCT dalam akhbar keluar tentang malam pak maun. :P Ehh. Wedd nyanyi?

 Ini lah kawan dari awal kursus sehingga tamat kursus. (Rachel-Yvonne-Shaz-Wedd)

Oh. Ini Nora :) Cantik orangnya. I admire her since kita sama pelajar Politeknik Mukah dahulu kala.

Dan pada 28 Disember 2013, kami telah menamatkan kursus dengan jaya nya....


Sekian,
Wedd

Thursday, 9 January 2014

Intro.

Hello January2014.

Dan helo juga untuk blog terbaru ini. sighhh. Mungkin ini adalah blog yang kesepuluh sepanjang aku tahu apa itu 'blog'.

Tak sepatutnya aku sign up banyak blog dan hampir setiap tahun aku create satu blog. Eh. bukan niat aku nak buat blog untuk jadi popular dikenal ramai macam hanizalika. tidak. Selalunya aku terlupa password. Jadi terpaksa aku buat yang baru.

Hmm. okay.... Aku nak blog aku antara blog yang ada rasa rendah diri yang menyimpan perjalanan hidup aku. Mungkin suatu masa kalau anak aku dah pandai membaca, mereka akan tahu pengalaman aku semasa aku di usia mereka dengan adanya blog ini. Oleh itu, aku akan berkongsi kisah aku setiap hari Rabu semestinya. Manakala hari lain dianggap add on saja lah ;)

Selain itu, aku akan hanya menggunakan bahasa yang mudah dan menjaga tutur kata since target aku adalah untuk menyampaikan kisah yang aku kongsikan kepada future babies ku. Hehe!

Dengan ini, secara rasminya blog ini dinamakan dengan '' WEDNESDAY''.

Sekian.

Sayang,
Wedd