Tuesday, 11 February 2014

#CUTI (JANUARI) - PART 1 (2014)

#CUTI (JANUARI) - PART 1 (2014)

asal usul aku adalah rumah panjang.............

...... jom tengok gambar .....

Manok aki dan Periuk untuk masak asi ngut :p

Temedak yang over banyak! 

****

Gambar di bawah adalah gambar mesin basuh inik. Lega sekarang dah ada elektrik dan air paip. Senang nak cuci baju. Bau baju yang dicuci di rumah panjai jauh lebih wangi dari aku masa di asrama. hihihi. Inik guna soflan dan serbuk pencuci yang sangat harum!
MAsa bercuti memandangkan inik tengah kurang sihat, jadi aku menjalankan tugas mencuci baju disamping membasuh segala pinggan mangkuk. Eh, menyapu juga tau......


Ini pula tandas. Bukan lah tujuan nak tunjuk tak senonoh..... tapi wahai masa depan..... sejak dari aku kecil lagi rumah panjang kami dah ada toilet yang proper. Apak adalah orang yang sangat hebat. Dia melengkapkan rumah kami dengan kemudahan tandas yang selesa. Selain daripada itu, master bedroom kami sekarang iaitu bilik akik dan inik ada tandas sendiri :)

Dan 98% rumah panjang ni hasil tangan apak, mak, akik dan inik. Hebat!

**** 


Ini kerja inik.... inik ada sikit perfectionist. Barang - barang dalam dapur memang teratur, bersih dan senang nak pakai. Cuma kadang kadang ada kurang 5S. Hihihihi

Ini adalah sip. Sip adalah tempat menyimpapn makanan. Saya suka!

Breakfast akan jadi sangat best apabila di rumah panjang. 

** masa aku dan kakak cuti CNY hari tu, inik tengah kurang sihat. Semoga inik sembuh seperti sediakala..


No comments:

Post a Comment