Thursday, 13 February 2014

SENAMAN 1 MALAYSIA

Hello. Selamat Hari Khamis.... dan Rabu yang ke-2 di Bulan Februari 2014. (Tajuk blogpost harap maklum kerana memang tak berkaitan.. :p)

Aku masih lagi berada di bilik ofis ini menghadap laptop dan menekan nekan mana mana laman web termasuk menyemak harga tiket Air Asia dan MAS! Alangkah terasa lost nya aku saat ini.

Hal kerja aku tak suka nak binggungkan diri aku dulu. Mungkin ini masa nya untuk aku merehatkan diri sebelum cabaran lebih berat akan aku tempuhi nanti. Bila...? zZZ~
Aku risau pada berat badan sahaja. Kerana kerja aku hanya sarapan. Makan tengahri dan minum petang. Dan aku tak salahkan sesiapa panggil aku gemuk lepas ni.

Semalam kakak menaja kasut sukan untuk aku.Terima Kasih! Kakak bagi aku RM100. Sesampai di kedai kasut....aku target beli kasut paling MURAH. Sila ambil tahu bahawa aku memang begitu.
So aku pilih kasut jenama Dunlop bewarna hijau gelap dengan harga RM45 ++ dan stokin putih RM4.90 :)
berbaloi! Malah aku ada RM50 lagi untuk ENJOY ;)

Jadi petang ini aku nak cuba kehebatan kasut hijauku itu.

Sebenarnya aku petang petang lepas habis menonton channel 393 Astro HD 'YOUR LADY' aku akan berjalan-jalan ala kadar di luar rumah.Kalau lah aku tak terjebak dengan drama Korea, alangkah bahagia dan aman hidup aku. Aku sememangnya ada keinginan nak bersenam tapi segan nak jalan-jalan. Ok hari ni mesti rajin ! Biarkan lah drama your lady itu. hari Sabtu aku kena bangun awal dan menonton puas puas. Heeeee!

Ok lah, diharap rancangan hari ini berjalan lancar :)

Sayang,
wedd


No comments:

Post a Comment