Wednesday, 12 March 2014

NO IDEA WEDNESDAY

Make sure you love yourself first.

Hope to received gOOd news few more hours !

tata,
wedd

Tuesday, 11 March 2014

TANGISAN MH370

Tangisan MH370


Photo from www.straitstimes.com

MH370
8 Mac 2014 kau hilang dari pandangan
Memberi seribu satu tangisan dunia
Hilangmu entah dimana
Pergimu membawa sejuta rasa....

MH370
Kemana harus kami mencari ganti
Setiap nafas yang engkau bawa
Ingin aku menjerit namamu
Agar engkau menampakkan diri dari hilangmu

MH370
Kehilanganmu membuat kami meratap hiba
Dengarlah itu suara sayu menggigil membisik....

"ayah, anakmu merinduimu....ayah akan balik kan ayah...."

"ibu, ibu dimanamu ibu....adik ingin pelukkan ibu.... adik rindu ibu.."

"Nak, ibu dan ayah akan tunggu kedatanganmu, ayah dan ibu sayang dirimu nak....Jangan tinggalkan ayah dan ibu.."

MH370
Kami tahu engkau masih bernyawa,
Malah suara setiap nafas yang engkau bawa,
Turut terasa dalam setiap lubuk hati dunia..
Kedengaran tangisan bayi yang tidak berdosa....

MH370
Andai engkau telah kuburkan mereka
Tunjukkan dirimu..
Agar,
Penantian ini berakhir....

Namun,

Jika engkau masih bernyawa,
Kau turun dan timbul lah..
Kami akan menyambutmu dengan sejuta kesyukuran....

MH370
Kami sentiasa menanti penuh pengharapan
Biarlah tangisan kami menjadi tangisan bahagia....
Jangan biarkan nyawa kami turut melayang
Akan kehilanganmu dan nafas yang kau bawa

MH370
Setiap kali kedengaran sahabatmu beterbangan di awan biru,
Setiap masa itu pasti kami akan memandang
Kearah mereka kerana kami yakin
Engkau turut akan kembali....

Engkau membawa terlalu banyak kasih, cinta dah kehidupan di dalam dirimu....

Kami merinduimu.


-Syuraya @ May Hua-

Monday, 10 March 2014

TASKA KEMAS KAMPUNG BAWANG SIBURAN


9 Mac 2014 / Ahad jam 10 pagi

Buat pertama kalinya, taska tempat aku akan bertugas nanti mengadakan gotong royong membersihkan seluruh kawasan taska. GR ini dilaksanakan bersama penduduk kampung iatu Kampung Bawang.

Proses membersihkan taska ini tidak memakan masa yang lama memandangkan muda mudi kampung banyak menyumbangkan tenaga mereka disamping beberapa mak cik pak cik yang giat membantu.

They are so helpful.

Ketua kampung nya yang sangat bertenaga dan ramah memudahkan lagi urusan kami.

Aku, Jolly dan May turut membawa beberapa hidangan untuk jamuan selepas gotong royong.

Mungkin dalam beberapa minggu lagi kami akan berpindah ke taska dan memulakan tahun pertama taska :)

Yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing.



Kelengkapan di Taska.... 



Sayang,
wedd

Friday, 7 March 2014

HEH. GEMOK!

waaaaaa! makin berisiiii nampak!!

urggh!

Itulah kata kata yang sering aku terima bila jumpa kawan-kawan lama. -.-
Sejujurnya aku benci dengan komen sebegitu. Bayangkan setiap hari kita mencari kekuatan untuk gembira sepanjang hari. Tup tup.....muncul komen yang buat kita rasa down.

Bukan lah aku tak nak menerima hakikat aku memang gemuk ataupun semakin berisi. Tapi bagi aku, memberi komen negatif terhadap seseorang yang mungkin lama kita dah tak jumpa bukan lah sesuatu yang patut. Bukannya kawan kita tak memiliki cermin dirumah untuk anda maklumkan dia besar. Komen tak salah.........

Bagi aku, setiap kali aku jumpa kawan lama secara terancang atau kebetulan, aku hanya akan memberi perhatian kepada perubahan positif dirinya. Sebagai contoh, tak salah rasanya jika kita katakan padanya.... "awak nampak berseri-seri lah...." or "wahh.... baju ini sesuai dengan awak"... bukanlah fake tetapi daripada 5, pasti ada 1 yang terbaik kan. Buatlah dia pulang dengan rasa gembira selepas bertemu anda. Bukankah itu yang terbaik?

Aku rasa, kita tak sedar bahawa komen kita bisa mendorong sesorang ke arah positif dan negatif kadang kala. Jadi, kita patut lebih berhati hati memberi komen. Pasti kita sendiri pun tak sanggup menerima komen yang pahit.

Walaupun sikap mudah terasa ini menakutkan tapi, bayangkan anda di situasi orang yang mendapat komen pahit, pasti anda tahu. Bukan niat dia untuk terasa lebih. Anda harus ada Empathy.

Aku bukanlah nak protes or menidakkan komen orang terhadap kebenaran yang terpampang pada diri aku. Yes, aku tahu aku gemuk, berbadan besar.

Aku memang sangat hampa apabila menerima komen yang sebegitu semalam. Rasa tak nak makan terus!
Ah. Merajuk.

Namun begitu, dari sudut positif pulak, aku menganggap kata kata itu sebagai pendorong aku untuk lebih berusaha keras menurunkan berat badan.

Wedd.

Wednesday, 5 March 2014

Mykad


Anda warganegara?
Ya!

Bukti?
Nah. Kad pengenalan saya. Fresh dari JPN! :)

Helo Hi!

Pada hari Sabtu yang lepas saya telah memperbaharui MyKad saya. Saya dikenakan bayaran RM40 iaitu ;

RM10 untuk caj pembaharuan dan RM30 untuk denda terlebih umur untuk tempoh pembaharuan. Nasib baek duit ada.....

Diingatkan, supaya ada mengikuti langkah-langkah persedian yang teratur sebelum melangkah kaki ke JPN. Agar tidak menjadi seperti saya.....

Pertama,
Sila sediakan duit yang secukupnya.... terutama jika anda memang dah rasa terlambat memperbaharui kad tersebut.

Kedua,
Berpakaian kemas. Bagi yang wanita, gunakan baju yang sesuai. Elakkan memakai baju tanpa lengan....manakala lelaki, gunakan baju berkolar.

Ketiga,
Elakkan memakai kanta lekap @ lens.........

Keempat,
Rambut sikat rapi dan bagi yang wanita, sanggul rambut anda DAN pastikan ianya tidak begitu ketara diwarnakan.

Kelima,
Bersabar :) Kerana pasti anda akan lama menunggu giliran. Heheh!

Dan dalam masa 2jam, Mykad anda akan siap :)

Sayang,
wedd


Tuesday, 4 March 2014

RONNY A.

Pada hari Ahad lepas, setelah sekian lama tidak bertemu Ronny (kawan sama sekolah dari tingkatan 1),
akhirnya janji kami berdua termakbul juga.
Jika dikira dengan tahun, paling terakhir kami berjumpa adalah pada tahun 2012 semasa salah seorang rakan melangsungkan perkahwinan :)

Memandangkan Ronny ni seorang yang pedasss mulut, hehehe...maka saya ready untuk bertemu dia. Pasti ada saja yang akan dia komen nanti.

Dan kami berjumpa di Summer Mall. Saya dan kakak menjemput dia dari rumahnya.

But then hanya kami berdua yang makan di Sushi King manakala kakak pergi shopping. Saya takut mana mana antara mereka akan kekok nanti kalau kami bertiga yang bersama.....

Banyak yang kami bualkan.. 

Sama happy.....

Apa yang saya suka tentang dia, dia tak menunjuk nunjuk. Keep it up Ronny! 
 
 Saya memakai kasut Converse Nude colour dan Bag IAM. (Hadiah daripada kakak)

Ini lah Ronny :)

Sayang,
wedd