waaaaaa! makin berisiiii nampak!!
urggh!
Itulah kata kata yang sering aku terima bila jumpa kawan-kawan lama. -.-
Sejujurnya aku benci dengan komen sebegitu. Bayangkan setiap hari kita mencari kekuatan untuk gembira sepanjang hari. Tup tup.....muncul komen yang buat kita rasa down.
Bukan lah aku tak nak menerima hakikat aku memang gemuk ataupun semakin berisi. Tapi bagi aku, memberi komen negatif terhadap seseorang yang mungkin lama kita dah tak jumpa bukan lah sesuatu yang patut. Bukannya kawan kita tak memiliki cermin dirumah untuk anda maklumkan dia besar. Komen tak salah.........
Bagi aku, setiap kali aku jumpa kawan lama secara terancang atau kebetulan, aku hanya akan memberi perhatian kepada perubahan positif dirinya. Sebagai contoh, tak salah rasanya jika kita katakan padanya.... "awak nampak berseri-seri lah...." or "wahh.... baju ini sesuai dengan awak"... bukanlah fake tetapi daripada 5, pasti ada 1 yang terbaik kan. Buatlah dia pulang dengan rasa gembira selepas bertemu anda. Bukankah itu yang terbaik?
Aku rasa, kita tak sedar bahawa komen kita bisa mendorong sesorang ke arah positif dan negatif kadang kala. Jadi, kita patut lebih berhati hati memberi komen. Pasti kita sendiri pun tak sanggup menerima komen yang pahit.
Walaupun sikap mudah terasa ini menakutkan tapi, bayangkan anda di situasi orang yang mendapat komen pahit, pasti anda tahu. Bukan niat dia untuk terasa lebih. Anda harus ada Empathy.
Aku bukanlah nak protes or menidakkan komen orang terhadap kebenaran yang terpampang pada diri aku. Yes, aku tahu aku gemuk, berbadan besar.
Aku memang sangat hampa apabila menerima komen yang sebegitu semalam. Rasa tak nak makan terus!
Ah. Merajuk.
Namun begitu, dari sudut positif pulak, aku menganggap kata kata itu sebagai pendorong aku untuk lebih berusaha keras menurunkan berat badan.
Wedd.
No comments:
Post a Comment