Anda warganegara?
Ya!
Bukti?
Nah. Kad pengenalan saya. Fresh dari JPN! :)
Helo Hi!
Pada hari Sabtu yang lepas saya telah memperbaharui MyKad saya. Saya dikenakan bayaran RM40 iaitu ;
RM10 untuk caj pembaharuan dan RM30 untuk denda terlebih umur untuk tempoh pembaharuan. Nasib baek duit ada.....
Diingatkan, supaya ada mengikuti langkah-langkah persedian yang teratur sebelum melangkah kaki ke JPN. Agar tidak menjadi seperti saya.....
Pertama,
Sila sediakan duit yang secukupnya.... terutama jika anda memang dah rasa terlambat memperbaharui kad tersebut.
Kedua,
Berpakaian kemas. Bagi yang wanita, gunakan baju yang sesuai. Elakkan memakai baju tanpa lengan....manakala lelaki, gunakan baju berkolar.
Ketiga,
Elakkan memakai kanta lekap @ lens.........
Keempat,
Rambut sikat rapi dan bagi yang wanita, sanggul rambut anda DAN pastikan ianya tidak begitu ketara diwarnakan.
Kelima,
Bersabar :) Kerana pasti anda akan lama menunggu giliran. Heheh!
Dan dalam masa 2jam, Mykad anda akan siap :)
Sayang,
wedd
No comments:
Post a Comment